Ahad, 2 Ogos 2009

Mata Mata Islam Dalam Gereja

BL Kau ada dengar 2 orang budak menyepai masuk gereja ?
OS Menyepai apa ni?
BL Diorang budak islam, menyamar masuk gereja nak cek ada ke tidak orang islam yang dikristenkan.
OS Dekat mana pulak ni?
BL Dekat semenanjung.
OS Apa diorang buat?
BL Masa diorang dalam gereja tu, diorang join pulak upacara perjamuan suci. Tapi, Os, kau tau apa diorang buat?
OS Apa?
BL Diorang kasih ludah balik roti yang melambangkan tubuh Kristus tu, lepas tu diorang ambik gambar, lepas tu diorang buat laporan dalam majalah islam diorang kata tak adapun orang islam dikristenkan.
OS Ui, beraninya! Orang kristen situ tak marah ke?
BL Orang kristen tak marah. Kan Tuhan orang kristen kata ‘ampun mereka’. Itu yang orang greja tu buatlah – maaf orang yang buat perangai salah dosa macam tu. Tapi orang yang simpati dengan kristenlah banyak marah.
OS Teruk jugak kerja budak budak ni hoh?
BL Teruk memang teruk, tapi diorang macam tak nampak....
OS Nasib orang kristen situ kenal Tuhan yang mengajar pengampunan.
BL (angguk angguk)
OS Kalau tidak, kecoh.....!