Mimpi ngeri.
Tiba tiba bumi terbelah dan sungai di ulu melimpah limpah hanyut.
Ada perahu mudik tenggelam habis. Penumpang terselamat hanya mereka yang 'lepat' awal sebelum mengharungi giam. Mereka berjalan kaki bukan di tebing seperti kebiasaan orang tetapi mengharungi hutan yang separuh gondol.
Berita kurang baik.
Ada orang yang semenjak bulak tinggal di ulu kerana disuruh dan diamanahkan menjaga laman dan lepu'un dari pencerobohan, terganggu mendengar khabar bahawa mereka harus turun ke Asap. Mereka sekarang susah hati memendam berita ini. Mereka tidak mahu percaya dengan berita berita angin seperti ini. Buat tidur tidak lena sahaja. Lagipun mereka percaya sangat bahawa kerajaan tidak akan bertindak begitu. Mereka percaya kerajaan akan terus merestui mereka untuk hidup dengan aman di situ.
Berita Baik
Ada orang kampung yang akan naik ke ulu untuk bertemu dengan rombongan wakil kerajaan, mahu menyampaikan perasaan terima kasih kerana kerajaan menerima (recognize) lepu'un sebagai alamat mereka sekaligus membuktikan bahawa berita berita angin suruh pergi Asap ini tidak betul.
Persoalan
Belum tahu samada kerajaan benar benar ikhlas untuk memperakui kependudukan dan hak peribumi masyarakat ulu ini untuk terus berada di sana. Belum juga tahu samada kerajaan betul betul suruh mereka ini semua pergi Asap.
Teropong
Sama sama kita lihat samada pihak yang memegang kuasa bagi pihak rakyat akan bertindak mengikut aspirasi dan kehendak rakyat, atau sebaliknya mempamerkan kebijaksanaan yang lain lain pulak........
Kita pegang teropong.
Isnin, 1 Mac 2010
Langgan:
Catatan (Atom)