MT Orang ulu sudah tukar nama ke belum?
OS Aha! Budaya kita suka tukar tukar nama. Belum lahir, macam macam reserved nama. Bila lahir pulak, bila emak bapak sudah bagi nama, ada pulak orang bujang kasi nama lain supaya dia dapat nama dari nama kita. Sudah bagus bagus ada nama sendiri pulak, kawan kawan bagi lagi nama lain main main. Habis tu, bila besar skit, kita curi curi nama tambah nama yang emak bapak bagi. Bila saudara kita kawin ada anak, nama kita pulak tukar lagi. Bila kita sendiri ada anak pulak, nama tukar lagi. Tak habis situ. Bila anak kita ada anak pulak, kita dah jadi datuk, tukar lagi nama. Habis tu, menukar namapun ada adat dan acaranya........sampai ada orang pesta besar belanja ribu ribu.
MT Orang ulu sudah tukar nama ke belum?
OS Aha! Bila ada antara ahli keluarga meninggal pulak, kita dapat lagi nama sedih depan nama kita. Budaya kita memang suka tukar tukar nama. Eh, Menap, nama masa kecik kau dulu apa?
MT Oko, aku tanya kau Orang Ulu dah tukar nama ke belum?
OS ..........kita dua kena tanya orang persatuan baru tahu. Setahu aku, belum rasmi lagi. Lagi pulak, nama baru tu diorang dah pikir masak masak ke belum. Berapa lama diaorang kasih masak? Berapa orang diorang sudah kasih tanya? Apasal masih jugak mahu kumpul suku suku jadi satu, lepas tu cari nama? Sampai ulu mana sudah diorang pergi tanya suku suku ni pasal cari nama baru?
MT Taklah. Nama orang ulu tu ada bunyi lain sikit.
OS Apa lain sikitnya? Pasal orang ulu dah tak mahu dipanggil ‘ulu’? Takut orang pandang serong semacam? Pasal suku suku ni dah ingat diorang dah tidak ‘ulu’ lagi?
MT Lebih kurang macam itulah, Os.
OS Bagus. Jadi diorang nak tukar nama supaya tak ada bunyi ‘ulu’ lagi. Lepas tu, sebab tak mau ada kena mengena dengan orang utan, jadi kasih buang nama ‘orang’ itu? Habis? Tukar nama apa?
MT Lun Daya
OS Lun Daya?
MT Lun Daya
OS Lun tu apa?
MT Orang
OS Orang?
MT A’a..orang.
OS Daya tu apa?
MT Ulu
OS Ulu?
MT .....yalah. Ulu.
OS Jadi, bila orang tanya kau, “Eh, Menap, nama bangsa kau ni Lun Daya, ertinya apa ya?”, kau nak cakap apa?
MT Orang Ulu.
OS Orang Ulu?
MT Orang Ulu
OS Erti Lun Daya tu, kau kasih tahu orang, ‘Orang Ulu’?
MT a’a....itulah nanti aku kasih tahu orang. Habis nak kata apa?
OS ooooooo.....aaaaa........orang ulu. Balik situ juga jadinya. Heh Menap, bila aku tukar nama waktu kecik, nama tu lain bukan saja dari segi sebutan tapi juga dari makna dia tau. Itu budaya kita. Jadi kalau kau nak join orang ulu ni tukar nama, kau kena ikut budaya orang ulu betul betul. Carilah nama yang baru sikit!
MT ...........mmmmmmmp?