Selasa, 30 Jun 2009

Tanah Orang Matipun Sempit



BL Os, ari tu kita cakap orang Asap gamen ada kasi tanah, ye Os?
OS A’a. 3 ekar satu bilik. Kira macam satu keluargalah tu.
BL Habis kalau dalam satu keluarga tu ada sampai 6 – 7 orang, dia orang sharelah ye Os?
OS Pandai kau. Cuba kau kira sikit, kalau 3 ekar bagi 6 – 7 orang brapa satu orang dapat?
BL Itu kira kira ….. aa.. mauk setengah ekarlah satu orang.
OS Aah… setengah ekar. Good. Habis kalau yang 6 – 7 orang tu dah besar dan beranak 4 – 5 orang setiap sorang, brapa bagian setiap orang ada dari setengah ekar tu?
BL Adui, aku kurang sikit matematik ni Os? Brapa agaknya ye?
OS Aa. Inilah satu isu orang Asap.
BL Habis, macamana Os?
OS Inipun satu hal kena tanya orang Asap. Bukan gamen tak kasi tau pasal tanah 3 ekar tu. Free jugakla diorang kasi. Habis diorang setuju semua mauk pindah, hah. Nilah dia. 3 ekar sampai cucu cicit. Tapi part yang masih macam belum seslesai ni, gamen cuma cakap kasi saja tapi tak ada geran aaa… inipun satu hal, tapi takpe. Orang Ulu dah biasa tak ada geran tanah. Macam diorang kat ulu dululah. Tanah beratus ekar mana ada surat apa apa.
BL Kalau tak ada geran, mana bukti gamen dah bagi tanah tu dengan mreka Os?
OS Itu soalan emas tu. Agaknya gamen masih pikir dua kali kot?
BL Pikir apa pulak lagi?
OS Tah, kita boleh agak saja. Manalah tau gamen tak ikhlas mauk kasi 3 ekar. Mungkin diorang mauk kasi 1 ekar saja satu family lah, bukan 3 ekar. Pasal kalau dia dah bagi 3 ekar, abis semua mua tu, kalau anak cucu besok mauk tanah, hah.. gamen dah tak ada tanah. Tapi kalau dia kasi 1 ekar sekarang, hah... dia masih ada reserve, boleh kasilah…tapi, jangan pulak cakap ini betul punya. Ini kita sangka saja. Mungkin tak betul.
BL Os, kalau satu ekar satu family, you pikir orang Asap boleh tahan ke Os?
OS Inilah yang orang politik slalu cakap dulu, ada orang lain di negara maju boleh hidup tak ada tanah, takkan orang Asap tak boleh ikut. Gamen bawak diorang pindah supaya last last tak ada tanah la… tapi diorang mesti pandai pandailah hidup pakai 1ekar atau 3 ekar tu. Bagi bagi semua orang, lama lama ‘tah cukup ke tidak untuk tanah kubur? (Geleng)
BL Cubalah gamen bagi diorang sampai 10 ekar ke 20 ekar, ye Os?
OS Kau ni mimpi ke?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.