Rabu, 10 Februari 2010

Kau Ingat Tanam Lada Ni OK ke?

BL: Harga lada turun teruk.
OS: Berapa sekilo?
BL: turun banyak o.
OS: Yekah?
BL: Terpaksalah diorang bertahan simpan lama lama kalau mauk harga tinggi sikit.
OS: Itu yang bagusnya dengan lada nilah. Boleh simpan lama. Boleh buat lada putih pulak lagi.
BL: Dekat ulu dulu, famous lada ni. Kalau musim harga bagus diorang bawak Belaga, hui, boleh sampai beli motor sangkut o....
OS: Itu yang orang kampung suka dengan lada ni. Macam diorang dah pernah merasa bagusnya ba. Itu sebab diorang terus sangkut dengan lada ni sampai skarang. Cuma harga dia ni saja yang tak menentu ni.
BL: Diorang boleh terus antar jual Bintulu kan?
OS: A’a ... terus masuk gudang jual pemasaran lada. Tak payah third party lagi.
BL:Tapi diorang kena bayar tambang jugak.
OS: Tak apa. Sama sama cari makan.
BL: Kau tau, lada punya lembaga satu ketika dulu bukan main syok diorang nak promote kraftangan.
A: Kat mana tu?
BL: Ada dia punya kedai, bangunan kecik diorang buat tepi jalan besar sana.
OS: Apa diorang nak buat dengan kraftangan pulak?
BL: Tak silap aku, diorang kata nak suruh orang kampung buat bungkus letak lada hitam, biar nampak ‘class’ sikit. Sambil sambil tu orang kampung boleh jual kraftanganlah dalam tu. Tapi macam tak jadi je.
OS: Hai...hai....gamen buat benda ni dengan orang Asap, aku pikir diorang kena pikir dua tiga kali dah. Dah bagi kemudahanpun macam tak ke mana. B’gkali gamen kena ajar diorang betul betullah.
BL: Yelah..

Tolong!!! Sungai Asap Beracun.

TB: Orang kampung sendiri ke atau orang sebelah kita ke atau memang ada kuasa dari langit punya angkara, kita tak pasti
WL: Tapi yang pasti, banyak yang bergolek golek. Ada yang setengah mati, ada yang tengah mahu mati, ada yang mati dan ada yang macam tak mau mati.
TB: Tah ntah sawit kot. Diaorang meracun ba memanjang, especially musim kering sungai kecik macam ini. Diorang yang ada banyak racun tu.
WL: Pun kita tak tau dia kena racun rumput ke atau kenak sumpah, kenak macam macam kerja niaya ataupun barangkali kenak klorin kerja budak budak ni.
TB: Barangkali kayu balak jugak. Pasal diaorang punya pekerja ni kadang kadang sombong semacam.
WL: Pun kita tak berapa tahu.
TB: Kalau bukan sawit atau bukan logging, barangkali kuasa dari langitlah tu....
BL: Celaka betul kerja kerja macam inilah. Dahlah sungai Asap ni tu satu macam je kotornya, ini kisah bergolek golek ini pulak lagi ..........eeiii..geram!

SORRY YE, SAYA ORANG KECIK

Senario 1: di opis tapak projek Bakun
Pegawai: Saya akan majukan perkara ini kepada bos saya sebab saya tidak boleh buat keputusan.

Senario 2: di opis kompeni sawit
Manager: Kita orang faks ini surat sama kitorang punya HQ tengok apa macam

KL: Boring betullah jumpa dengan orang kompeni. Dia orang slalu lepas tangan cakap mauk kasi tau diorang punya GM la, dia punya towkaylah, dia punya opislah.
OS: Apahal kau jumpa diorang?
KL: Kitorang nak mintak tolong pinjam diorang punya lipan tolak tanah.
OS: ha? ....pinjam?
KL: yelah...kita pinjam aje. Kalau diorang perlu orang lain bawakpun, kitorangpun ada orang pandai bawak. Bukan susah.
OS:.......??
KL: Kita bagi dia free labour. Dia kasi lipan saja, nanti kita sendirilah pergi angkat tolak sampai habis. Kan dia tak bayar apa apa?
OS:.......?? Minyak macamana?
KL: Dialah kasi.. itu sebab kita pergi mintak tolong.
OS: .....
KL: Tapi diorang kata tak dapat buat macam tu, pasal diorang sendiri tak ada lipan. Kontraktor yang punya.
OS: Kontraktor?
KL: Dia orang boleh kasi tau kontraktor dia apa...suruh bikin.
OS: ...........
KL: Ini tidak. Dia kata ini diorang tak boleh putus. Kena tanya towkay dulu.
OS: habis tu, ada diorang jawab?
KL: Mana ada. Mgkali diorang tunggu sampai kitorang pergi agak diorang lagi lah tu.....
OS: .......style kompeni .....