BL: Harga lada turun teruk.
OS: Berapa sekilo?
BL: turun banyak o.
OS: Yekah?
BL: Terpaksalah diorang bertahan simpan lama lama kalau mauk harga tinggi sikit.
OS: Itu yang bagusnya dengan lada nilah. Boleh simpan lama. Boleh buat lada putih pulak lagi.
BL: Dekat ulu dulu, famous lada ni. Kalau musim harga bagus diorang bawak Belaga, hui, boleh sampai beli motor sangkut o....
OS: Itu yang orang kampung suka dengan lada ni. Macam diorang dah pernah merasa bagusnya ba. Itu sebab diorang terus sangkut dengan lada ni sampai skarang. Cuma harga dia ni saja yang tak menentu ni.
BL: Diorang boleh terus antar jual Bintulu kan?
OS: A’a ... terus masuk gudang jual pemasaran lada. Tak payah third party lagi.
BL:Tapi diorang kena bayar tambang jugak.
OS: Tak apa. Sama sama cari makan.
BL: Kau tau, lada punya lembaga satu ketika dulu bukan main syok diorang nak promote kraftangan.
A: Kat mana tu?
BL: Ada dia punya kedai, bangunan kecik diorang buat tepi jalan besar sana.
OS: Apa diorang nak buat dengan kraftangan pulak?
BL: Tak silap aku, diorang kata nak suruh orang kampung buat bungkus letak lada hitam, biar nampak ‘class’ sikit. Sambil sambil tu orang kampung boleh jual kraftanganlah dalam tu. Tapi macam tak jadi je.
OS: Hai...hai....gamen buat benda ni dengan orang Asap, aku pikir diorang kena pikir dua tiga kali dah. Dah bagi kemudahanpun macam tak ke mana. B’gkali gamen kena ajar diorang betul betullah.
BL: Yelah..
Rabu, 10 Februari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.