Khamis, 28 Mei 2009

Gamen kesian atau lu kesian


Bala : Kau nampak tak macamana smartnya gamen ambik kuasa tanah you orang?
TS : ....
Bala : Kau tengok baik baik. Dia suruh you orang pindah, lepas tu you tak ada hak dan kuasa apa apa lagi dengan kampunglama you orang...
TS : ....
Bala : Ada diaorang kasih bayar tanah sama you?
TS : ???? (geleng)
Bala : Dia kasi sama you sikit tanah, 3 ekar, habis dekat ulu dulu you punya tanah ada brapa besar?
TS : saya tidak tau berapa besar, tapi besar dari yang diorang kasi sinilah.
Bala : Nah! Tengok. Dia kasih ganti sama you tapi kurang. Habis, tanah yang dia kasih sama you tu belum tentu you puas hati, betul??
TS : tak jugak. Boleh tahanlah. Tepi jalan saya punya tu.
Bala : Ooo...ini macammm....(angguk). Ok. You sudah tanam itu tanah?
TS : sudah.
Bala : Apa tanam?
TS : Itu tanah kah?
Bala : Yalah. You tanam apa sana?
TS : Padi lah.
Bala : Dia punya hasil ada bagus?
TS : Oohh. Dulu bagus betul. Tapi sekarang.....(geleng) tidak brapa lagi.
Bala : You tau kenapa?
TS : Apa?
Bala : Dia punya hasil smakin kurang, bukan? You punya padi.
TS : Yelah. Kitaorang mana ada tanam satu tempat turut turut lama lama macam ini. Tapi saya pergi tanam lain tempat lah.
Bala : HAH? Lain tempat? Mana?
TS : Tanah payung.
Bala : Apa itu?
TS : Tanah payung lah. Dekat sikit saya rumah.
Bala : Ooo... you ada tanah lain aa?
TS : Yelah. Lain tahun boleh tanam tanah lot pulak. Ini macamlah. Ganti ganti ba. Mana boleh satu satu tempat lama lama.
Bala : .......??? wah, ini macam a??

Rabu, 27 Mei 2009

Mau kerja sawit?




BL : Os, aku dengar gaji orang kerja sawit tak seberapalah. Gaji hari 12 ringgit saja.
OS : Itu tak seberapa kau kata? Brapa kau pikir patut? Kau ingat itu rendahkah?
BL : Yelah. 12 ringgit satu hari, tolak makan tolak tambang tolak belanja anak sekolah....? Ada lagi tinggalkah? Kalau anak ada sampai empat lima orang? Bini lagi?
OS : Kalau tak nak gaji hari, kerja kontraklah. Orang sawit kata kerja borong, kira piece rated lah tu.
BL : Contohnya, Os?
OS : Ambik buah, spray racun....macam itulah. Duit diorang kira ikut berapa berapa tan buah kau dapat satu satu bulan. Kalau spray pulak, ikut brapa besar area kau spraylah. Kalau rajin, dapat buah banyak, banyaklah kau dapat. Macam itulah.
BL : ...oooo
OS : Masalahnya orang Asap pilih sangat. Mana diaorang mauk kerja kerja ni. Samada diorang malas ataupun diorang tak mauk buat macam orang Indon tu.
BL : ...tahlah...
OS : tapi, kau tau gamen ingat orang ulu ni mauk sangat kerja sawit. Pasal itulah diorang kata, masa depan terjamin....boleh kerja sawit, pendapatan ada..EPF ada...macam macam lagilah.
BL : ....
OS : Sampai Ekran bukak ladang, buat rumah ready untuk diorang masuk. Sekali tengok, mana ada? Last last orang Indon jugak diam rumah situ kerja. Rumahpun dah reput dah.
BL : Mungkin sebab diorang tak nak jadi kuli kali?
OS : mgkalilah. Cuba you pikir. Kalau gamen suruh pindah, kata itu kata ini, lepas tu, suruh pergi jadi kuli, kau maukah?
BL : Kalau gaji besar, mauk aku, Os.
OS : Itu kau...., diorang lain. Diorang pikir kerja sawit gaji rendah. Fit untuk orang Indon. Inilah problemnya ni. Abis, nak salahkan diorang?
BL : ......tah.....
OS : ........
BL : Habis salah siapa Os?
OS : ...tau tau lah.

Selasa, 26 Mei 2009

Sawit Kau Berapa?




BL: Os, sori Os, aku tanya sikit pasal orang Asap, ada dia orang tanam sawit ke?
OS: Tanam sawit? Apa special sawit untuk dia orang tanam?
BL: Eh, semua orang mau tanam sawit ba. Gamen mauk orang tanam banyak banyak o, sawit.
OS: Yalah. Gamen ke, siapa ke, sawit tu apa specialnya? Tanam koko dengan lada itam pun apa problem?
BL: Taklah ada problem. Tanya aje, dia orang ada tanam sawit ke?
OS: Tanam dua tiga pokok kali adalah, blakang rumah.
BL: Aie.., sawit mana boleh tanam dua tiga pokok Os. Dia ribu ribu o.
OS: Ribu ribu ke brapa banyak ke, mana aku tau. Yang aku nampak dari jauh, orang Asap tak pedulilah dengan sawit. Mreka punya tanah yang gamen kasi brapa ekar tu, tak nampakpun sawitnya.
BL: Rugi bah tak tanam.
OS: Rugi kalau kau pikir untung. Rugi datang kalau kau pikir kau tak untung macam bisnes. Orang Asap ada pikir untung ke? Mana ada orang Asap pandai bisnes. Pasal itulah tak ada sawit. Tanam padi kali adalah. Takut dia tak ada duit beli beras, jadi dia tanam padilah, gerenti ada beras punya. Macam itulah dia takut tak cukup makan. Padi dan beras ini macam nadi dan teras kehidupan dia.
BL: Tapi kompeni lumba lumba tanam sawit, Os?
OS: Pasal diaorang bisnes punya orang. Dia orang asyik pikir untung untung untung je manjang. Biar orang lain rugi, kompeni tak mau rugi punya. Dia tanamlah banyak banyak. Lagi lagi macam you kata gamen suruh orang tanam sawit skarang, dia orang ngam sama orang gamenlah, bukak sana sini tanam sawit. Orang Asap? Sori mana ada!
BL: Abis macamana Os, takkan orang Asap terus terus macam ini?
OS: Itu kena tengok lama sikit, kalau diorang pandai, diorang buatlah. Kalau tak ada, tak adalah. Macam tulah. Abis nak buat camne? Dia ada tanah tapi tak nak tanam sawit, suka koko dengan lada dengan padi. Abis adapulak yang tak tanam apa apa, diorang pegi kuli sawitlah.
BL: Kuli sawit Os?
OS: A’a… kuli sawit. Jadi security guard, jadi mandor nursery. Tak jugak diorang mauk kerja macam orang Indon dengan orang Jawa tu buat – spray ke, ambik buah ke.
BL: Brapa gaji diorang Os?
OS: Itu kena tanya diorangla. Kali ada jugak untung mreka. Yang jelas, kompeni untung untung untung. Mana rugi punya.

Sabtu, 23 Mei 2009

Potong karen letrik


BL: Aku dengar ada berapa berapa orang kena potong karen (current)
OS: Tau dah. Smua orangpun heboh. Ramai yang kata gamen macam ini macam itu.
BL: .................
OS: Bukan apa. Ada antara diorang tu langsung tak dapat bayar. Lagipun kan ada antara diorang tu yang kena welfare. Sebab diorang miskinlah tu.
BL: .................
OS: Heh! Apahal aku dengar kau kenak loteri welfare, betuk ke?
BL: ... ha ha ha......cerita budak budak tu. Mana ada. Diaorang buat cerita aku beli kreta buruk tu. Second hand.
OS: Ai si. Yelah, kadang kadang kita tak tau mulut orang, lepas cakap saja. Tah betul tidak kitapun susah nak tau. Hah...macam cerita letrik tu, kata diorang gamen ada janji letrik free air free. Tapi mana ada benda free.
BL: Sebelum diorang pindah dululah?
OS: Aa...samada diorang tipu ataupun orang gamen yang tipu?
BL: Itu pasal api dengan air. Rumahpun kena bayar jugak kan?
OS: Yang itu lagi best. Gamen terus potong dari bayaran gantirugi rumah diorang dekat ulu dululah.
BL:..........
OS: Berapa kena potongpun ada yang tak tau apa apa.
BL: Habis, rumah diorang dekat Asap ni kira dah bayarlah tu.
OS: Dah bayar? Mana ada. Gamen masih mauk tageh tu.
BL: Maksudnya orang Asap kira berutang o.. dengan gamen.
OS: Berutang tu satu hal. Diorang macamana nak bayar? Tah tah gamen jugak yang kena tanggung utang ni lagi.
BL: O.. itu aku pikir tak brapa susah kalau gamen mauk tolong.
OS: Kalau dia mauk tolong.......mauk tolongpun ada banyak ragam tau kah? Syarat.
BL: .............mhhh??
OS: Ada yang tolong kalau kau sokong. Ada jugak yang tolong mintak sokong. Lepas tu ada yang minta sokong baru mauk tolong. Gamen punya tolong nampak macam ‘conditional’ tolong.
BL:......?
OS: ..............tak ikhlas......

Busek Lepo nak sambung tanya tapi Os jalan terus.

Jumaat, 22 Mei 2009

Air Sungai Asap putus putus


BL: Pagi Os
OS: Hello. Duk.
BL: Os, Asap tak ada air.
OS: Mana boleh tak ada air, kau ni…
BL: Betul, sampai keluar newspaper o.
OS: Bukan tak ada air kot. Air ada, cuma dia orang kena pergi cari jauh sikitlah, bawa baldi, bawa tong pegi cari.
BL: Tak, maksud saya air paip, bekalan air paip terputus.
OS: Taulah, itu pasal saya cakap dia orang kena pergi cari.
BL: Tapi ini masalah besar ba. Air paip mana boleh putus.
OS: Kalau putus, sambung baliklah. Apa susahnya.
BL: Bukan itu saja, paipnyapun pecah hoh.
OS: Siapa kasi pecah? Accidentkah sengaja?
BL: Tah. Tapi gara gara benda ni, air tak ada brapa hari sudah ni.
OS: Jadi dia orang tak mandilah agaknya ye.
BL: Os, paling teruk budak sekolah. Sampai guru besar suruh diorang balik rumah hoh.
OS: Isk.. sampai tak pergi sekolah gara tak ada air?
BL: Aaa. Abis macamana nak buat ni Os?
OS: Tanya lagi macamana. Macam saya kata, ambik impen, bawa tong, lepas tu naik motor atau kreta, pergilah cari air.
BL: Aku jalan dulu.
OS: ah..ok.

Busek Lepo terpaksa jugak ikut sama pergi cari sepan. Kira pergi nyaap lah tu.

Tak larat bayar bil


BL: Kenapa semacam rupa hari ni Mike?
MK: Sori, aku rasa lain la hari ini.
BL: Apa hal?
MK: Tak syoklah. Kau tau… ada orang bagitau aku dia dah brapa lama duduk gelap je bilik, letrik kena potong sebab tak bayar bil.
BL: Kenapa tak bayar bil?
MK: Dia kata tak mampu.
BL: Gamen buat macam ini ke Mike, sampai potong karen (letrik).
MK: Entah gamen kah atau orang SESCO yang pandai pandai buat hal.
BL: Abis macamana orang dalam rumah lah… dalam gelap….
MK: Dah jadi macam dekat ulu balikla tu. Itu yang aku tak sedap pikir ni. Macam kelakar, tak… bukan kelakar, ini lebih macam main main......gamen kata Bakun ni mauk buat letrik, jadi orang pindah Asap ingat ada letrik, jadi harap harap ada letrik, memanglah ada tapi lepas tu tak ada letrik, kena potong……entah macamana lepas ni lagi? (Geleng)
BL: Orang tak bantu ke dia orang, Mike?
MK: Bantu? Siapa? Bukan soal ada orang tak ada orang bantu. Ini soal kau satu orang, aku satu orang cari duit bayar bil lah. Kau cari duit untuk bayar bil orang lain ke?
BL: Tak,maksud saya gamen ke, siapa siapa la. Habis macamana kawan tu duduk dalam gelap je manjang. Kesian ba.
MK: Itulah aku cakap. Kawan tu ingat freekah pakai letrik. Kan dah ada meter dekat luar tu, habis aku tanya dia balik, “pahal kau tak jimat, bayar pupuk pupuk ba!”. Dia kata, “mana ada duit”. Hai...semua pasal duit!
BL: Kesian ye Mike.
MK: Kesian kesian jugak, tapi letrik tu dia kena bayar jugak. Mana ada benda free dalam dunia skarang.
BL: Eh, tak Mike, ada benda yang free.
MK: Hah! Jangan nak mula pulak.. dah… dah.

Busek Lepo diam. Harap dia akan tanya lebih banyak lagi besok lusa.

Khamis, 21 Mei 2009

Sg Asap sokong gamen


BL: Morning!
SD: Morning.
BL: Batang Ai BN menang hari tu, apa komen?
SD: ????
BL: .....
SD: Nak komen apa lagi? Sendiri sendirilah komen.
BL: Tak. Apa pendapat you mengenai kemenangan BN?
SD: Kau ni nak aku cakap lawan BN ke, nak sokong BN?
BL: Open …..
SD: Aku lebih suka cakap pasal yang kalah tu. PR, boleh?
BL: Sukati.
SD: PR kalah itulah sebab BN menang.
BL: ????? maksudnya?
SD: Yelah. Kalau PR menang, mana boleh BN menang. BN mesti kalah. Betul tak?
BL: ???? go on…..
SD: Pasal PR kalah dan pasal dia tak menang itulah yang menyebabkan BN menang.
BL: Belit belit…go on…
SD: PR di Batang Ai macam PR di Bakun jugak. PR dulu kan sekali jugak main dekat Belaga sini. Diapun tak menang sini.
BL: yep… go on.
SD: Dahla….. apa lagi …..
BL: Bos, apa pasal di Bakun, tak!… Belaga, PR tak menang itu hari?
SD: aaaa.. yang itupun kena tanya orang Bakun dan Belaga. Dia orang yang kasi angkat BN menang dan menyebabkan PR kalah time tu. Orang Bakun dan orang Belaga pilih BN lebih ramai dari PR. Itu sebab BN menang. Lebih banyak undilah tu. Kira kira semua undi, orang Bakun dengan Belaga pilih BN. Mereka suka undi BN lagi. Macam itulah.
BL: Sa, orang Asap macamana pulak? Apa pilihan mreka?
SD: Itu kita dua kena tanya dia orang, ok?
BL: You sendiri punya opinion?
SD: Saya satu orang. Dia orang banyak orang. Saya boleh cakap saya punya, tapi kitapun kena cari pendapat diaorang.
BL: Yelah. Soalnya, you pikir dia orang tak ada minat PR ke?
SD: Ini bukan soal minat tak minat. Orang minatpun boleh jadi tak minat. Orang minatpun last minute boleh tak minat. Soal minat tak minat bukan penentu menang kalah.
BL: Maksudnya?
SD: Kalau hari ni saya minat dengan satu orang kerana gambarnya cun dan menawan, tapi kalau ada orang cucuk cucuk saya kata dia macam ini macam ini, besok haripun saya boleh tak minat. Saya suka yang saya punya sekarang tak macam macam. Macam tulah.
BL: Wah ini gambaran kawin ka ni?SD: Orang ulu otaknya lebih kurang macam ini. Kesetiaan dan patuh kepada ketua masih tradisi ampuh. Perlu ada satu perkara buruk betul betul yang tak boleh ampun, barulah cerai cari lain, itupun kalau masih mau cari. Kalau masih boleh tidur sama, benda benda kecik tak jadi hal.
BL: Wahh. Ni macam bunyi pro BN ni, Sa?
SD: Siapa kata? Kalau orang Bakun dan Asap nampak, saya kata ‘nampak’, ye, bukan ‘tengok’, bukan perasaan, bahawa orang atau pihak yang dia sokong slama ni curang, mungkinlah….. tapi kalau setakat bunyi dan kabar kabar dan brita dan mesej mesej mulut saja, orang ulu susah tukar pegangan.
BL: Bila you kata ‘nampak’, apa contoh yang you boleh bri, Sa?
SD: Ini macam bagi clue pada ahli politik la ni…… orang ulu jangan pikir dia ulu tak ada undang dan adat. Sebaliknya pegangan adatnya lebih tebal dari orang hilir. Ini kita teropong dari dulu dah. Tak tau pulak generasi sekarangla …. Kita kena teropong lama sikit, baru kita tau trend hari ini.
BL: ye…ye contoh ‘nampak’ tu apa Sa ……??
SD: aaah…bila saya kata ‘nampak’ tu adalah bila ada orang boleh yakinkan perasaan dan bukan hanya merasa sebagai khayalan menjelma. Dua benda ni lain. Macam rasa lapar dengan lapar betul betul. Taukah?
BL: …mmm (geleng)
SD: Oklah…contoh lain. You kasi tengok gambar orang kebuluran nampak tulang rusuk dengan rangka tengkorak kepala nampak kempis habis, dengan kaki macam tulang je tinggal bawah kulit. Itu gambar saja, dia dapat lihat sebab dia ada mata kepala… tapi itu gambar orang lain. Dia tak rasa macam itu. Paling paling pun you kesian dengan orang tu, kata,”OOOO kesiannye dia”, tapi dia tak rasa macam orang tu sebab dia sihat. Jadi, maskud saya ni, ‘nampak’ bukan dalam ertikata mata kepala lihat tapi pengalamannya merasai. Mata hati dia yang lihat. Itu baru nampak. Itu yang kita kata ‘celik’. Lebih kurang orang putih kata “I see”, lebih dari mata dia nampak. Lebih tepat kita kata, “O… I know”.
BL: Saya tak brapa tangkapla Os.
SD: Takpe … lain kali baru you paham.

Busek Lepo sekerat sajalah tanya. Tak habis crita mereka dua.

Empurau (Part 2)


BL: Pagi Os
OS: mmmmmm….. pagi, ‘duklah.
BL: boleh sambung crita?
OS: Sure man. Apa topik?
BL: Pasal ari tu orang tangkap ikan dekat ulu ….
OS: aaaa pa hal?
BL: Dia orang slalu naik ke?
OS: Eh, slalu.
BL: Brapa dia orang jual hoh?
OS: Kau mau ke? Brapa kilo mau?
BL: Eii. You ada supply meh?
OS: Aku tanya kau mau brapa?
BL: Tak. Aku tanya je.
OS: Tak jugak tetap. Semah antara 20 – 25 macamtulah. Kalau babi, antara 9 ke 10, kadang 11 macam tu la.
BL: Kalau empurau?
OS: Yang tu, jangan arap sampai Asap. Dia orang jual direct Kapit. Boleh dapat 200, 300 lebih sekilo.
BL: Huiii. Mahalnya? Orang mau belikah?
OS: Itu harga dia lah. Dia orang pandai jual. Sudah ada orang sanggup beli macam tu.....
BL: mmmm. Ok, kalau macam tu, lumayan jugak kerja tangkap ikan empurau ni, ye Os?
OS: Itu aku tak nak komen. Kalau lumayan, bagus suruh orang Asap balik balik tangkap ikan lo. Lagi best, kalau mauk, ternak sajalah macam Dr. Eli tu.
BL: mmmm. Ok, kalau macam ni, secara perbandingan, orang Asap pendapatan bulanan brapa Os?
OS: Inipun soalan you kena tanya mreka.
BL: Tapi, you kan boleh teropong Os?
OS: ……….. menyindir ke apa kau ni?
BL: …….. ????

Os tak habis crita. Busek Lepo seperti biasa pulak, baliklah. Tak tau bila sambung lagi.

Rabu, 20 Mei 2009

Empurau (Part 1)


BL: Helo Os. Pagi.
OS: Pagi
BL: Ok, kali ini kita serious sikit boleh?
OS: Orait.
BL: Orang Asap brapa tahun sudah pindah?
OS: Tak tau.
BL: Eii! Kau tak tau?
OS:Itu kena tanya orang dekat Asapla. Aku main tropong jauh ni. Tanya mreka.
BL: Kalau tak silap, dah lebih 10 tahun kot?
OS: Kali la.
BL: 10 tahun tu lama ya?
OS: Siapa kata lama? Baru kemarin aku tengok dia orang limpas naik prahu turun hoh.....ada banyak ikan dalam peti ais.
BL: Apa you cakap ni Os?
OS: Aku cakap, dia orang baru turun bawa ikan. Kan dia orang naik bulan lepas…….. ada brapa orang dia orang hoh…..?
BL: ??????, orang turun-naik ni apa crita?
OS: Tak. Ada diorang bawak ikan turun. Sampai dekat Bakun, separuh sudah orang booking. Babi, kalau tak silap, ada 6 ekor. Sampai ke rumah panjang orang ikut mau borong habis.
BL: Adi’aaaa! Orang cakap pasal brapa lama sudah orang pindah la.
OS: Yekah. Sorilah Busek. Aku asyik pikir ikan empurau dengan semah je ni. Ehh. Kau pernah pergi ulu ke?
BL: ?????? (geleng).

Tergendala kerana Busek Lepo (BL) kena panggil balik. Harap bersambung.

Isnin, 18 Mei 2009

Ada GIAM ke Sg Asap?




BL: Os, apa dalam teropong hari ini?
OS: Jalanraya marabahaya.
BL: Jalanraya apa Os?
OS: Jalanraya merbahaya. Lubang sana sini. Balik Asap macam limpas giam balik.
BL: Giam, Os?
OS: Ingatkan nyawa ikut jalan raya hari hari lebih slamat, tapi nampaknya tak kurang dari bahaya limpas giam.
BL: Giam tu apa Os?
OS: Macam Bakun dengan Giam Baan Pelagus tu lah. Oangputih kata ‘rapid’. Time teruk, orang mana mau naik prahu. Orang suruh bedarat o!, jalan kaki ikut tebing. Tapi kalau musim air bagus, ok jugalah.
BL: Apa kita boleh buat pasal perkara ni, Os?
OS: Nak buat apa? Kerja kita teropong teropong la, bukan repair jaraya. Itu kerja orang gamen dan kontaktor mreka.
BL: Tak, bukan suruh kitak repair jalan. Apa yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan perkara ini?
OS: Selesai perkara? Ishhh… kau ni …sudah adakah perkara yang telah dan boleh selesai?
BL: ........ kenapa jalan merbahaya Os? Bukankah ia sepatutnya selamat?
OS: Selamat tu perkara satu satu orang. Kena jimat dan cermat bolehlah slamat. Tapi bila jalan dah berlubang sana berlubang sini, kereta mana tahan. Berdentum masuk lubang, kreeeek !!! kenak body kreta, kemek, sampai ada yang terbalikpun ada. Nyawa lesap belum kira.
BL: Isk.. isk… bahaya ya Os.
OS: Yalah, kau ingat lebih aman kah jalan jalan ikut jalanraya? Aaa.. kena berlumba dengan lori balak lagi….aah… itu aku belum cakap.
BL: Kenapa kena berlumba dengan lori balak Os?
OS: Yalah. Bukan kita yang nak berlumba. Dia yang lumba. Dia potong kita zooooommm….time kita jalan ok atas jalan rata, tapi dia slow down time dia naik bukit, boring tunggu dia lama sangat naik, kita potonglah pulak. Kira lumbalah tu.
BL: Oooo...masih banyakkah pembalakan dekat Asap Os?
OS: Itu tak payah tanya. Macamlah kau ni bukan orang ulu.
BL: Sorry Os, nama je orang ulu, bukan tau apa apa. Sorry lah. Orang Ulu bandar ba.
OS: Itu engkau duduk tepi jalan je tengok ada ke tidak lori balak limpas, kau tau sendirilah.
BL: Mungkin dia yang buat lubang banyak banyak ni kali, Os?
OS: Ini kau kena tanya drebar lori-lori balak tu lah. Tapi diapun pandai o, dia tengok ada lubang, dia tak ikut lubang tu, dia ikut tepi jugak, Pandai jugak dia hoh…

Busek Lepo tak sambung tanya. Segan.

Ahad, 17 Mei 2009

Orang ASAP mana pandai main internet


BL: Selamat pagi Os.
OS: Pagi.
BL: Redi?
OS: ????
BL: Redi?
OS: Redi? Tanyala betul betul.
BL: Orang Sungai Asap pandai blogging ke?
OS: Mana aku tau. Joggingpun tak pandai, ini pulak berblogging.
BL: Tapi gamen ada bagi komputer ho…. ada internet service ba.
OS: Yaka? Kat mana tu?
BL: Eiii. Aku tanya soalan ka, kau tanya soalan?
OS: Ya la. Dia punya komputer tu kat mana?
BL: aku dah lama tak tengok, hari tu ada dekat pasar sana. Macam internet café ba.
OS: Ada internet dalam meh?
BL: aaaah..yalah.....ada memang ada. Tak silap aku, Bakun punya orang derma ke apa?
OS: Derma? Bukan gamen bagi ke?
BL: Eiii… kenapa aku kena jawap pulak? Kaulah jawap!
OS: Ye la. Kadang kadang kaupun kasi tau la…..
BL: Tropong apa macam ni.

Bersambung lain kali. Mudah mudahan.

Sabtu, 16 Mei 2009

Teropong Asap


BL: Teropong Asap??
SB: Habis, apa nama mauk kasi. Kita tak nampak dari dekat, jadi kita teropong sajalah dari jauh.
BL: Jelas ke dari jauh?
SB: Kalau tak jelas, kita boleh upgrade teroponglah pulak. Pakai zoom kuat lagi.
BL: Siapa punya laman ni?
SB: Ini tak payah tanya. Yang penting orang ramai boleh masuk, boleh tengok, boleh cerita. Ini macam public forum. Kalau nak, jadi peserta. Kalau takpun jadi penonton sajalah. Lagipun kan dunia bagi kita peluang bersuara, cakap dan cerita cerita.
BL: Siapa boleh masuk cerita?
SB: open ‘tuk smua orang, tak kira dia pandai buat asap ke atau berasap asap ke. Yang berapi-api pun boleh join tak kira dari Sungai Asap kah atau dari Bukit Asap ke atau Gunung Asap ke, sama saja. Dari Gunung Berapi mungkin tak dapat join sebab takut nanti semua terbakar. Dia orang nak buat apa, itu diaorang punya hal. Itu yang kita mau adjust pelan pelan tengok.
BL: Apa boleh buat dalam ni?
SB: Apa you orang pandai buat, buatlah. Menari ke, berjoget ke, main main ke, menyumpitpun boleh, asal jangan gaduh. Yang penting, orang berblogging zaman sekarang selalu silat-silat cakap, bukan kita mauk sampai mencaci, memaki hamun macam orang utan tak ada bulu. You pandai buat apa?
BL: Menyibukla kau…
SB: Ini soalan apa da. Aku sibuk tak sibuk, kau tulis je la ..
BL: .........
SB: (Memang macam tak kena je dengan dia ni).
BL: ????
SB: Oiii! Apa soalan lagi? Kalau tak da, sudahlah.
BL: Sori brader, apa sebenarnya tujuan laman ni?
SB: Aa ini baru soalan best. Yang sebenarnya……ah….. mmmmm…yang sebenarnya, laman ini aaaaa…… hah? Apa soalan tadi?
BL: Apakah SEBENAAAARnya tujuan web ini diadakan?
SB: Huuui! Pelan pelanlah cakap. Web? Apa minatangnya webtu?
BL: Jangan main mainlah, cepat jawap!
SB: ………hmmmmm…….. sori aku buka tingkap luk. Panas heh!...
BL: …………….
SB:…… apa tadi?
BL: …… dah dah … lain kali je la!

Bersambung minggu depan. Mungkin lebih awal. Tengokla macamana.