Jumaat, 22 Mei 2009

Tak larat bayar bil


BL: Kenapa semacam rupa hari ni Mike?
MK: Sori, aku rasa lain la hari ini.
BL: Apa hal?
MK: Tak syoklah. Kau tau… ada orang bagitau aku dia dah brapa lama duduk gelap je bilik, letrik kena potong sebab tak bayar bil.
BL: Kenapa tak bayar bil?
MK: Dia kata tak mampu.
BL: Gamen buat macam ini ke Mike, sampai potong karen (letrik).
MK: Entah gamen kah atau orang SESCO yang pandai pandai buat hal.
BL: Abis macamana orang dalam rumah lah… dalam gelap….
MK: Dah jadi macam dekat ulu balikla tu. Itu yang aku tak sedap pikir ni. Macam kelakar, tak… bukan kelakar, ini lebih macam main main......gamen kata Bakun ni mauk buat letrik, jadi orang pindah Asap ingat ada letrik, jadi harap harap ada letrik, memanglah ada tapi lepas tu tak ada letrik, kena potong……entah macamana lepas ni lagi? (Geleng)
BL: Orang tak bantu ke dia orang, Mike?
MK: Bantu? Siapa? Bukan soal ada orang tak ada orang bantu. Ini soal kau satu orang, aku satu orang cari duit bayar bil lah. Kau cari duit untuk bayar bil orang lain ke?
BL: Tak,maksud saya gamen ke, siapa siapa la. Habis macamana kawan tu duduk dalam gelap je manjang. Kesian ba.
MK: Itulah aku cakap. Kawan tu ingat freekah pakai letrik. Kan dah ada meter dekat luar tu, habis aku tanya dia balik, “pahal kau tak jimat, bayar pupuk pupuk ba!”. Dia kata, “mana ada duit”. Hai...semua pasal duit!
BL: Kesian ye Mike.
MK: Kesian kesian jugak, tapi letrik tu dia kena bayar jugak. Mana ada benda free dalam dunia skarang.
BL: Eh, tak Mike, ada benda yang free.
MK: Hah! Jangan nak mula pulak.. dah… dah.

Busek Lepo diam. Harap dia akan tanya lebih banyak lagi besok lusa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.