Selasa, 26 Mei 2009

Sawit Kau Berapa?




BL: Os, sori Os, aku tanya sikit pasal orang Asap, ada dia orang tanam sawit ke?
OS: Tanam sawit? Apa special sawit untuk dia orang tanam?
BL: Eh, semua orang mau tanam sawit ba. Gamen mauk orang tanam banyak banyak o, sawit.
OS: Yalah. Gamen ke, siapa ke, sawit tu apa specialnya? Tanam koko dengan lada itam pun apa problem?
BL: Taklah ada problem. Tanya aje, dia orang ada tanam sawit ke?
OS: Tanam dua tiga pokok kali adalah, blakang rumah.
BL: Aie.., sawit mana boleh tanam dua tiga pokok Os. Dia ribu ribu o.
OS: Ribu ribu ke brapa banyak ke, mana aku tau. Yang aku nampak dari jauh, orang Asap tak pedulilah dengan sawit. Mreka punya tanah yang gamen kasi brapa ekar tu, tak nampakpun sawitnya.
BL: Rugi bah tak tanam.
OS: Rugi kalau kau pikir untung. Rugi datang kalau kau pikir kau tak untung macam bisnes. Orang Asap ada pikir untung ke? Mana ada orang Asap pandai bisnes. Pasal itulah tak ada sawit. Tanam padi kali adalah. Takut dia tak ada duit beli beras, jadi dia tanam padilah, gerenti ada beras punya. Macam itulah dia takut tak cukup makan. Padi dan beras ini macam nadi dan teras kehidupan dia.
BL: Tapi kompeni lumba lumba tanam sawit, Os?
OS: Pasal diaorang bisnes punya orang. Dia orang asyik pikir untung untung untung je manjang. Biar orang lain rugi, kompeni tak mau rugi punya. Dia tanamlah banyak banyak. Lagi lagi macam you kata gamen suruh orang tanam sawit skarang, dia orang ngam sama orang gamenlah, bukak sana sini tanam sawit. Orang Asap? Sori mana ada!
BL: Abis macamana Os, takkan orang Asap terus terus macam ini?
OS: Itu kena tengok lama sikit, kalau diorang pandai, diorang buatlah. Kalau tak ada, tak adalah. Macam tulah. Abis nak buat camne? Dia ada tanah tapi tak nak tanam sawit, suka koko dengan lada dengan padi. Abis adapulak yang tak tanam apa apa, diorang pegi kuli sawitlah.
BL: Kuli sawit Os?
OS: A’a… kuli sawit. Jadi security guard, jadi mandor nursery. Tak jugak diorang mauk kerja macam orang Indon dengan orang Jawa tu buat – spray ke, ambik buah ke.
BL: Brapa gaji diorang Os?
OS: Itu kena tanya diorangla. Kali ada jugak untung mreka. Yang jelas, kompeni untung untung untung. Mana rugi punya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.