Selasa, 20 Oktober 2009

Adakah rumah panjang yang haram?

T: Slamat pagi.
OS: Same to you man. Bila sampai?
T: Baru ini, kau amacam? Lama tak nampak..
OS: Aku slalu jalan. Eh...kau ada balik kah baru baru ni?
T: Ada. Apahal?
OS: Tak. Kau ada nampak tidak rumah panjang Iban yang gamen kasi roboh tepi jalan dulu tu, dekat projek getah tu, diorangkan buat balik rumah dekat situ lagi.... gamen masih mauk bulldoze ke?
T: Belum ada brita yang itu, tapi yang aku dengar pulak ni, rumah panjang Kenyah dekat Sawit Solid tu, diorang mauk kasi lanyak tu..
OS: Adui....
T: Yang dekat Asappun kena hati hati o, smua rumah rumah tepi jalan a, diorang boleh sapu tu. Rumah haram.
OS: Hah?
T: Yelah. Mana boleh orang buat rumah tepi tepi jalan. Kalau gamen mauk kasi besar jalan nanti, susah ba.
OS: ......
T: Pilihan dah jadi sempit. Arap gamen kasi notis sikitlah.
OS: Kalau kasi notispun, apa bezanya. Kau nak cari tempat pindah, nak pergi mana? Hah..macam yang kena roboh tu, diorang buat balik. Yang bestnya diorang bikin rumah panjang baru lagi cantik dari dulu pulak. Wah. Semangat rumah panjanglah tu.
T: Aku pikir a...gamenpun boleh roboh rumah panjang kita dekat Asap tau...
OS: ???
T: Pasal orang Asap belum bayar abis utang rumah. Hah...lagi, pasal rumah rumah yang kau kata tepi tepi jalan tu, aku pikir itu tak ada permit tu. Kali haramlah tu. Jadi gamen kalau boleh main tolak tolak pakai peko ni ha, aku pikir diorangpun mauk buat macam tu dekat Asaplah.
OS: Tu baya tu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.