Sabtu, 24 Oktober 2009

Lumayankah kerja sawit?

MK: Ada kau dengar brita satu orang dapat batu landak sebesar buah epal?
TB: Serious?
MK: Sampai pengsan kawan tu tengok dia sebesar itu...tapi dia belum masak betullah...
TB: Dekat mana dia dapat?
MK: Dekat sawit. Dia jadi hunter situ.
TB: Wah....bahus jugak nasib kawan tu ya.
MK: Kira kira macam itulah kalau ada nasiblah. Kalau tak ada nasib, macam itu jelah.
TB: Jadi hunter ni, bunyi macam profesion orang ulu saja bunyi dia ni, pasal dekat ulu dulu diorang dah biasa sangat memburu.
MK: Itu kalau sawit ada problem dengan landak je. Kalau tak ada problem tu, tak ada jugak hunter.
TB: O......cuma kalau landak je? Binatang lain macamana?
MK: Orang Indonpun boleh atur tangkap. Kan diorang banyak.
TB: Kerja hunter ni, kalau diorang tangkap landak tu, diorang kasi kompeni ke daging dia?
MK: Aku dengar kepalanya saja yang diorang bawa pergi opis mintak bayar. Daging dia, diaorang punyalah.
TB: Wah..lagi lumayan. Dah tu, diorangpun ada bayar gaji jugak lagikah?
MK: Gaji harian lagi.
TB: Wah...gaji ada, kalau dapat, daging dia punya, habis tu, bayar kepala lagi, dah tu, kalau nasib, dapat batu pulak. Seronok tu. Eh...diorang tangkap macamana? Jeratke?
MK: Macam macam caralah. Jerat, jalan malam, bawak anjing....semualah.
TB: Peluru senapang....kompeni ada bayarkah?
MK: Yang itu aku tak tau.....
TB: Tapi bagi hunter ni, itu yang paling penting.....dan paling bahaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.