Ahad, 12 Julai 2009

Bahasa Apa Kau Pakai



BL: Tekejut aku kawan aku kata kita tak dapat pakai perkataan ‘Allah’, Os.
OS: Apasal tak dapat pakai? Siapa kata?
BL: Gamen.
OS: Hah? Gamen? Gamen mana?
BL: Gamenlah. Mana ada gamen lain lagi?
OS: Apasal tak dapat pakai pulak?
BL: Diorang kata orang Islam je boleh pakai perkataan Allah tu.
OS: ..........???
BL: Gamen sampai buat decision macam tu Os. Habis macamana kitorang sebayang lain ni?
OS: Peduli dia kalau macam tu. Gamen apa macamni? Kan kita dah lama pakai perkataan tu. Dalam kitab kitapun dah ada. Apahal diorang nak buat kecoh kecoh?
BL: Habis, kalau kita tak ikut gamen cakap, kan itu tak betul jugak Os?
OS: ....... (geleng).
BL: Ikut cakap gamen ke, ikut kita punya kitab Os?
OS: Aku pikir aaaa... ini sebiji macam trick yang Yesus kenak dululah ni, persoalan antara undang undang negara dengan agama.
BL: ....???OS: Beri kepada Kaesar apa yang layak diberi kepada Kaesar, dan beri kepada Allah apa yang layak diberi kepada Allah.
BL: Jadi, kau pikir kita boleh pakai perkatan tu ke Os?
OS: Apakau pikir?
BL: Aku pikir gamen tak patut tuntut apa yang patut dan layak untuk pilihan agama (geleng).
OS: Itu pendapat kaulah. Tapi kalau gamen dah kata tak boleh, nak buat camne?
BL: Susah ye Os, gamen buat kita macam ni. Cubalah dia jangan ungkit ungkit benda macam ini ba. Dia buat kita macam jadi musuh dia ba.
OS: Susahla........

Busek Lepo termangu pikir gamen sampai buat kecoh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.