Jumaat, 17 Julai 2009

Tuhan Dah Tukar Nama

BL: Tuhan Allah sebelum Islam apa nama?
KG: Mana tau. Apa punya soalan kau ni?
BL: Apa agama sebelum Islam?
KG: Yahudi dengan kristen kali.
BL: Apa nama Tuhan Yahudi dengan kristen?
KG: Tah. Ada namakah Tuhan? Ada lagi yang lebih besar dari diakah yang kasi nama sama dia? Mana Tuhan ada nama. Itu bukan nama tu. Itu panggilan saja, manusia yang buat, kasih sama dia. Lainlah cerita kalau dia sendiri kata, “Hai, nama saya ini, ini...., what’s yours?”
BL: Habis, apasal orang kristen sini sebut nama Tuhan mereka Allah, nama Tuhan orang Islam pulak?
KG: Dah memang macam tu dalam kitab merekalah. Dah lama berabad abad. Macam kristen dengan Islam ni share satu Tuhan pulak tu.
BL: Apasal gamen larang orang kristen pakai nama Allah pulak?
KG: Sebab kata mereka itu nama Tuhan Islam, takut orang Islam confuse. Entah gamen kali tak mauk Tuhan orang kristen masuk Islam kot?
BL: Tuhan boleh tukar namakah?
KG: Apahal tak boleh pulak. Bolehlah kalau dia mauk ada nama yang kita kasi sama dia. Kan dia Tuhan maha kuasa maha besar maha kuat maha tahu maha segala. Mana boleh tak boleh. Dia ada banyak ba panggilan.
BL: Tapi ada satu yang dia tak boleh. Tau apa?
KG: Apanya?
BL: Dia tak boleh larang gamen larang kita sebut nama dia.
KG: ........... mmmmm.
BL: Tak, ada satu lagi yang dia keliru sampai susut.
KG: huh?
BL: Dia mau tak mau kena trima NAMA yang gamen dengan orang bukan islam kata tak boleh pakai dan boleh pakai ni.
KG: .?........(geleng)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.