BL Tak payah susah susah pasang dekat tamu. Bawak bakul ‘kalang naai’ satu dua blok, dah habis orang beli.
OS Apanya?
BL Apa apalah. Sayur, ikan, daging ke. Kalau nak jual, tak payah pergi pasar. Jual dengan jiran sajapun laku jugak.
OS Itu kalau jiran kau tu tak ada barang tu! Kalau diapun ada tanam sayur lebih banyak dari kau, mana dia mauk beli! Entah entah dengan kau skali dia datang mauk jual dia punya!
BL Ye tak ye jugak.
OS Kalau kau mauk jual, juallah benda yang orang tak ada. Lepas tu kau tentu harga kau sendiri. Baru bisnes kau boleh jalan.
BL Agaknya benda macamana ye Os?
OS Itu kena pikir pikir sikitlah. Tapi ahhh.. orang Asap tak brapa pandai pikir pikir benda ni bah. Lembablah. Tapi diorang pandai buat barang, banyak barang diorang boleh buat. Cuma diorang tak tau jual saja.
BL Macamana boleh jadi macam ni, Os?
OS Mereka dah lama macam ini. Dekat ulu dulu mana ada diorang jual jual benda. Semua free. Semua orang ada. Kalau tak adapun, orang bagi. Mana ada jual. Lepas tu time kau pulak ada, kau bagi pulaklah dengan orang. Itulah sebabnya bila sampai Asap, diorang kekok, antara mauk tak mauk jual. Kalau tak bagi, takut saudara dia kata kedekut. Kalau bagi free pulak, dia rugi tak dapat duit. Haiya...serba tak kena lah tu.
BL Tapi kalau diorang tak start jual skarang Os, susahlah diorang nak cari duit.
OS Ha… inilah bezanya antara dulu dan skrang. Kalau skarang, semua duit duit. Cari duit semua. Agaknya inilah yang dinamakan cash economy. Semua pakai duit. Dulu mana ada pakai. Pakai sikit sikit kali ada jugaklah tapi yang jelasnya dulu diorang tak pikir duit macam orang skarang pikir duit. Skarang, sikit sayurpun, pikir nak jual. Dapat ikan sikitpun mauk jual. Tinggal sikit saja untuk masak sendiri sekali dua.
BL Habis, kalau tak jual, diorang mana dapat cari duit, Os? Anak anak pergi sekolahpun mauk duit ba. Pergi grejapun mauk ada duit jugak. Malu kalau tak bagi apa apa.
OS Tulah yang saya cakap ni. Itulah sebabnya orang Asap kena pikir bagus bagus. Cari duit untuk kumpul sedikit, bukan untuk belanja semua. Ini tidak. Saya ingat ahh.. dari 10 orang dapat duit hari ini, 10 – 10 kasi belanja abis dia punya duit dalam masa sekejap saja. Tak ada simpan punya. Yang untung, kau tau siapa?
BL Siapa untung Os?
OS Tau taulah….
Busek Lepo tak tau tapi dia tak nak bagi tau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.