Rabu, 1 Julai 2009

Kayu Kompeni Ada, Aku Punya Mana?

BL Os, jiran aku punya tangga reput tak sampai dua tahun hari itu dia pakai, lepas tu dia punya dapurpun dia kata mauk tukar tiang skarang.
OS Sebab reput lagi? Eii..kayu memanglah reput. Habis dia dapat papan dekat mana?
BL Inilah problemnya skarang. Cari kayu punya susah. Terpaksa suruh orang pergi sayatlah dulu.
OS Sayat dekat mana?
BL Tah mana.
OS Pandai pandai tukang sayat tulah cari untuk dia. Kena pikir masuk jauh dalam hutan tu.
BL Problemlah sini Os. Hutanpun bukan kita punya.
OS Ha ha ha.. hutan bukan kita punya kau kata? Habis siapa punya?
BL Eh Os, keliling Asap ni kompeni sudah ambik ye Os?
OS Kompeni mana pulak?
BL La....kompeni kompeni balak tu lah, lepas tu diorang tanam sawit, semua dah kliling kita ni hah.
OS Baguslah tu. Diorang tengok orang Asap tak nak tanam sawit, diorangpun tanamlah. Kalau orang Asap pandai, diorangpun boleh tanam, tapi orang Asap tak nak tanam. Tapi kompeni lain, dia nampak sawit ni bagus, dia tanamlah.
BL Tapi diorang tebang hutan habis semua kayu ...mana nak cari kayu untuk buat rumah, repair rumah lagi?
OS Yang dia tebang tu kayu dialah, kan ke atas tanah dia? Mana ada kayu tu orang kampung punya?
BL .... inilah problemnya ni. Cubalah gamen bagi kitaorangpun tanah macam dia kasi kompeni hoh...
OS Kalau gamen kasihpun, kompeni jugak yang datang ambik kayunya. Macam hari tu, kata kompeni buat jalan pergi tanah lot sambil dia tarik kayu....ada orang kampung sepakat mauk jual kayu tu. Hah. Dah hari ini baru cakap tak ada kayu. Salah siapa?

Busek Lepo macam akun lah. Diam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.