BL Minggu lepas pegung girl friend aku letak 2ribu ekor anak ikan talapia dengan ikan sultan, Os.
OS Bagus tu, boleh tahan jugak kau ni ye. Ada semangat petani moden.
BL Os, bila Bakun dah jadi nanti Os, aku nak ternak ikan dekat sanalah, kau pikir bolehkah?
OS Kau dah abis belajar benda ni kah?
BL Mauk belajar jugak ke benda ni Os?
OS Kau ingat senang ke ternak ikan. Cakap senanglah. Buat bukan senang o. Kau dah kaji semua semua keperluan?
BL Keperluan apa Os?
OS Tempatnya dekat mana? Ikan jenis apa? Jaring kau mana nak cari? Kau nak berapa besar belanja? Semua kau kena pakai duit, taukah? A.... dan yang paling penting, kau dah cari pembeli ke? Kau mesti redi dengan semua soalan soalan ini.
BL Inilah aku nak cuba dengan pegung aku ni dulu Os.
OS Yelah tu. Jangan pulak kau lupa jaga ikan kau tu sebab ada saya dengar dekat Asap ikanpun pandai lari o.
BL hah.......????
OS Ini hal security lah. Kalau kau tak jaga, ada sajalah ‘dengen saleng uleu’.
BL Kalau macam ni, aku letak dawai duri tengah tengah kolamlah Os.
OS Sukati kaulah. Yang penting kau kena pikir semua benda benda ni. Kena pakai duit pulak lagi.
BL Brapa belanja agaknya nak buat projek ikan dalam jaring ni, ye Os?
OS Aku pikir bagus kau pergi melawat Batang Ai lah. Tengok macamna diorang buat dekat sana.
BL Os, aku ada ide. Amacam kalau gamen organize untuk kita orang kursus ternak ikan ni Os.
OS ...?? Bagus ide kau tu, tapi gamen mana satu yang kau nak atur ni?
BL Tak. Maksud aku ni, kan best kalau gamen organize kursus untuk kitorang.
OS Itu kalau dia mauklah..kalau dia tak mauk, macamana?
BL .....
OS Terpaksalah kau sendiri belajar.
BL ....!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.