Jumaat, 3 Julai 2009

Orang Asap Pandai Menari



LA Ada kau ikut pesta orang pergi Miri hari itu?
WL Tak ada, pesta tarian tu ke?
LA A’a. Sampai 2 buah bas orang kirim angkat diorang dari Asap. Tak silap aku lebih 80 orang dari satu kampung tu saja.
WL Tak heranla tu. Kampung tu kan banyak penari. Semua diorang pandai menari.
LA Wah, diorang tinggal hotel lagi. Lepas tu makan special pulak lagi. Diorang buat persembahan dekat Dewan Suarah.
WL Siapa sebenarnya organise benda ni?
LA Tak silap aku, ada persatuan dekat Miri. Pasal tak cukup orang dekat Miri, diorang cari orang Asap pulak. Wah, aku dengar bukan main seronok diorang hari tu.
WL Itulah bestnya kalau pandai menari.
LA Yelah. Sambil sambil. Mereka bukan penari. Cuma bila ada peluang seronok seronok, semua merekapun pandai menari.
WL Habis tu, diorang pergi sana tu, ada elaun ke apa?
LA Itu aku kurang tau pulak. Apasal Wet, mesti mauk ada elaun ka?
WL Tak, aku teringat ada cerita diorang komplen kata kalau tak bagi duit, diorang tak nak pergi. Itu dulu dululah. Tak tau pulak yang ini.
LA Wah. Mahal belanja kalau elaunpun mauk kasi jugak. Makan tidur dah bagi semua, bas lagi tanggung. Wah. Ini kira demand sudah namanya ini.
WL Susahlah cari penganjur lagi kalau macam ini. Last last kalau tak ada, habis orang Asap menari kampung sendiri jelah. Yang itupun mana ada orang bayar apa apa.
LA A’a yelah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.