LA Aku balik tadi, tengok ramai budak sekolah jalan kaki balik rumah.
OS Balik habis sekolah?
LA Kira macam tulah. Mak bapak diorang tak ambik. Bukan dekat jalan balik. Panas pulak lagi.
OS Bukan semua mak bapak mampu antar budak dia pergi sekolah hari hari. Itu budak yang mak bapak dia tak mampulah tu.
LA Tak bolehkah orang kampung beli bas sekolah ke, janganlah biar diorang jalan jauh macam tu ba.
OS Beli apa kau kata? Beli bas? Bas sekolah? Kau ingat diorang ada duitkah?
LA Kesian diorang. Cubalah diorang masa pampasan dulu pikir benda benda ni.
OS (geleng) Orang Asap macam inilah diorang. Ada duit, pakai beli benda benda sendiri. Mana ada pikir mauk kumpul beli benda benda macam ini.
LA Ala..... bukan berapa sangatpun harga bas second hand, kalau diorang kumpul kumpul kasi 1000 satu bilik kali 100 bilik, kan dah jadi 100,000. Kira bolehlah tu.
OS Orang Asap tak sampai ke sana otak dia. Dia pikir lain. Dia kata, “aku mana ada anak mauk antar sekolah lagi. Nanti orang lain yang ada anak sajalah untung”. Macam itu pikir dia. Dia tak tahu bas tu dia sendiripun boleh pakai. Dia tak sampai pikir. Dia pikir dia boleh beli motor, antar sendiri anak dia, tak mau gago dengan anak orang lain.
LA Yang mampu, mampu. Yang tak mampu, susahlah diorang.
OS Yelah. Macam itulah jadinya. Bukan diorang tak ada peluang pikir benda ni. Cuma diorang pikir sekarang mauk sendiri sendiri. Tak peduli orang. Anak orang lain jalan kaki peduli apa, macam itulah.
LA Susah orang Asap macam ini.
OS Tak heran. Jangan nak cakap pasal bas sekolah, beli komputer untuk kampungpun diorang kata, “nak buat apa beli benda tu. Boleh kenyang ke kita kalau beli? Sedap kah makan?”. Macam itulah otak diorang. Pikir perut saja. Tak ada wawasan.
LA Tak ada wawasan?
OS A’a....tak ada wawasan. Tak terima wawasan, dan tak peduli wawasan.
Klik sini untuk cari cemerlang, gemilang dan terbilang tak menjadi....http://www.puisihanyut.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.